
WAKAF PERIGI DI KEMBOJA
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdhal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…”
Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)
Kemboja antara negara minoriti umat Islam di Asia Tenggara. 1.6% dari populasi, atau 236,000 orang Muslim. Ramai pihak yang prihatin dengan saudara muslim di sana. Air bersih merupakan keperluan asasi.
Wakaf perigi ini bertujuan untuk membantu umat Islam terutamanya fakir miskin di Kemboja yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap terutamanya di kampung-kampung yang daif dan serba kekurangan. Sasaran kami ialah setiap rumah satu kemudahan perigi.
Wakaf perigi terasa sangat keperluannya di saat kemudahan asas ini sangat terbatas. Jom ringankan bebanan kehidupan mereka dengan menyediakan perigi air yang bersih.
Nur Hijrah Korban tidak ketinggalan turut menyantuni mereka.
Kami sudah berpengalaman menguruskan hampir 2000 buah wakaf perigi di Kemboja selama hampir 13 tahun.
Jom wakaf perigi di Kemboja.
Pakej Penuh : RM950.00
Pakej Sebahagian : RM190 / Bhg