
WAKAF TANDAS DI KEMBOJA
Kemboja antara negara minoriti umat Islam di Asia Tenggara. 1.6% dari populasi, atau 236,000 orang Muslim. Ramai pihak yang prihatin dengan saudara muslim di sana. Air bersih merupakan keperluan asasi.
Wakaf Tandas ini bertujuan untuk membantu umat Islam terutamanya fakir miskin di Kemboja yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap terutamanya di kampung-kampung yang daif dan serba kekurangan. Sasaran kami ialah setiap rumah satu kemudahan tandas.
Wakaf tandas terasa sangat keperluannya di saat kemudahan asas ini sangat terbatas. Jom ringankan bebanan kehidupan mereka dengan menyediakan tandas yang bersih dan selesa.
Nur Hijrah Korban tidak ketinggalan turut menyantuni mereka.
Jom wakaf tandas di Kemboja.
Pakej Wakaf Tandas di Kemboja spt berikut:
Pakej Penuh : RM1320.00
Pakej Sebahagian : RM220 / Bhg